![]() HAMKA yang dipandang sebagai seorang ulama dan ahli agama dikritik hebat pada ketika itu oleh sebab menulis sebuah novel ‘roman’ cinta remaja. Malah, sehingga diterjemahkan menjadi filem dan teater. Walau ditulis lebih 78 tahun yang lalu, ia masih lagi menjadi pilihan pembaca sehingga ke hari ini. Kisah cinta Hayati dan Zainuddin yang terhalang oleh adat minangkabau yang melihat harta kekayaan dan keturunan keluarga sebagai yang pertama dan tertinggi. Novel ini ditulis oleh HAMKA dan diterbitkan pada tahun 1938. Karya yang akan membuatkan pembaca turut tenggelam dalam emosi dan makna, seperti Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck. ![]() Inilah juga karya Hamka, yang bukan sahaja membuat bibir tersenyum bahagia, juga akan membuat dada sesak menahan hiba. Inilah juga karya Hamka yang secara lembut dan sopan, memberi kritik sosial yang tajam pada masyarakat, yang lebih memandang harta dan keturunan dengan beralaskan agama. ![]() ![]() Cinta anak muda yang masih bergelora jiwanya. Tajuk: Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck ISBN: 978-967-411-475-6 Penerbit: Publishing House Penulis: Hamka Tahun Terbitan: Cetakan Kedua belas,2020 Muka Surat: 294 Halaman: Hitam Putih Format: Softcover Berat (kg): 0.238 Dimensi (cm): 18.5cm x11.3cm x2cm = Inilah karya Hamka yang secara indah memberikan kisah cinta antara dua darjat. ![]()
0 Comments
Leave a Reply. |
AuthorWrite something about yourself. No need to be fancy, just an overview. Archives
January 2023
Categories |